
Isteri pelakon Zain Saidin itu mendedahkan dia menempah baju ukuran lebih kecil berbanding saiz badan untuk mengekalkan bentuk badannya.
Che Ta berkata, dia kini boleh berbangga kerana masih boleh memakai pakaian yang ditempah 10 tahun lalu.
“Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai.
“Lagipun, hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan. Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Tambahnya Che Ta lagi, selepas memberi ukuran kepada pereka fesyen, ia menjadi motivasi buat dirinya untuk mengurangkan berat badan seperti yang diimpikan.
Bagi pelakon dan pengacara yang telah bergelar usahawan itu, wanita perlu mengutamakan penjagaan dan penampilan diri, tidak kiralah suri rumah atau bekerjaya.