Batal warta hutan: Jawapan Elizabeth didakwa tidak menyeluruh

Batal warta hutan: Jawapan Elizabeth didakwa tidak menyeluruh

Kumpulan Anti-DASH berkata lebuhraya itu tidak akan merentasi Hutan Simpan Sungai Buloh.

DASH

PETALING JAYA:
Say No To Dash (SNTH) mendesak kerajaan Selangor menjelaskan mengapa warta Hutan Simpan Sungai Buloh dibatalkan walhal lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) tidak merentasinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap SNTB Mak Khuin Weng mahu EXCO Elizabeth Wong menjelaskan secara menyeluruh pembatalan warta Hutan Simpan Sungai Buloh bagi membuka laluan kepada pembinaan DASH.

Elizabeth, yang bertanggungjawab keatas pelancongan, alam sekitar, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna, mempertahankan cadangan membatalkan warta 33 hektar tanah hutan, atas alasan Selangor masih mempunyai 250,000 hektar lagi dalam rizab.

Khuin berkata Elizabeth gagal menjelaskan kewajaran membatalkan warta Hutan Simpan Sungai Buloh itu.

“Justeru ia membuatkan kita tertanya-tanya samada kerajaan Selangor sebenarnya berniat untuk membatalkan warga Hutan Simpan Sungai Buloh untuk projek DASH atau terdapat motif lain disebaliknya, dengan DASH digunakan sebagai alasan.”

Khuin, yang merupakan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), menuduh Elizabeth berselindung disebalik kenyataan bahawa kerajaan negeri mengizinkan pembersihan hutan bagi tujuan projek prasarana dan utiliti, contohnya jalanraya, air, elektrik dan gas.

Beliau memetik cicipan Twitter daripada orang awam yang berkata: “Hutan yang telah dimusnahkan tidak terganti walaupun kamu menebang hutan simpan di satu kawasan, kemudiannya menandakan kawasan lain sebagai rizab.”

“Kamu tidak mencipta hutan dengan hanya menanam pokok, Yang Berhormat.”

Khuin menyifatkan kenyataan Elizabeth sebagai tidak berhati perut dan tidak wajar bagi seorang EXCO alam sekitar.

“Kami mahu tegaskan bahawa kita tersinggung dengan kesediaan Elizabeth menjawab PSM (Parti Sosialis Malaysia) dan Gerakan tetapi membisu bila kami mendakwa beliau telah memungkiri janjinya pada 2012 untuk menghentikan lebuhraya DASH,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.