
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kejadian pada 10.40 pagi berlaku selepas motosikal ditunggang pelajar lelaki berusia 19 tahun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan semasa melalui selekoh dari Persiaran Mokhtar Dahari ke susur 1/B 0.5 lebuh raya itu.
“Impak kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dari jejambat ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.
“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam Nur Iqmal Maisarah Azman menerusi talian 017 2836851 bagi membantu siasatan.