Ini kerana kata Anina, dia tidak mahu melihat Ku Li menjadi mangsa kepada individu yang didakwanya sebagai perompak di dalam negara ini.
“Saya menandatangani Deklarasi Rakyat dalam keadaan waras, sedar dan tahu apakah objektif deklarasi itu. Saya tidak menandatangani sehelai kertas kosong atau senarai kehadiran majlis. Ianya Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletak jawatan.
“Saya mengharapkan Ku Li menandatangai deklarasi bersama Najib juga dalam keadaan waras sedar dan tahu objektif tersebut, bukan sekadar ada dalam senarai nama kehadiran majlis.
“Ianya kerana jika kita tidak berhati-hati dalam keputusan kita untuk menandatangi sesuatu, kita mungkin tersilap menandatangi sesuatu yang menyebabkan diri kita terjual. Paling dahsyat sekali, jika kita ditipu untuk menjual diri kita kepada penyamun, perompak, atau penggadai masa depan negara,” katanya kepada FMT.
Khamis lalu, Ku Li bersama beberapa pemimpin UMNO Kelantan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri menerusi Deklarasi Kelantan yang diadakan secara tertutup dan turut dihadiri Najib.
Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mendakwa Ku Li merupakan dalang sebenar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Dr Mahathir mendakwa, Ku Li pernah memberikan idea menggulingkan Najib menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen sebelum ini.
“Apa yang saya perkatakan ini adalah umum untuk kesemua rakyat Malaysia. Saya harap rakyat pertimbangkan dengan waras baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan,”tambah Anina.
