Blog pro-UMNO, myKMU dalam muatnaik laporannya terkini berhubung saman Dr. Mahathir terhadap Najib menyifatkan hanya penuh andaian dan tuduhan yang langsung tidak bersandarkan kepada fakta sebenar tetapi laporan akhbar, majalah dan internet.
“Tapi yang lebih serius untuk melayakkan Mahathir menyaman Perdana Menteri, beliau mestilah membuktikan dirinya merupakan mangsa atau pihak yang terbabit dalam pertikaian,” tulisnya.
Semalam, Mahathir memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
MyKMU juga mempersoal kedudukan Mahathir apabila kewajipan fidusiari merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap ‘client’, syarikat atau organisasi.
“Mahathir di mana? Hubungan rakyat dan Perdana Menteri tidak pernah diterima sebagai hubungan antara pelanggan dan pemberi khidmat seperti mana dalam perniagaan, perundangan dan lain-lain profesyen.
“Namun ia terserah kepada Mahkamah menentukan,” ujar laporan itu.
“Hari ini ringgit telah melepasi paras RM 4 per USD, Mahathir memilih untuk mengemukakan saman ke atas Mohd Najib. Apa tujuan Mahathir jika bukan untuk mensabotaj ekonomi negara? Mahathir tahu selagi ekonomi negara bermasalah selagi itu beliau berpeluang menjatuhkan Mohd Najib.”
