Shazreena Kassim berkata, kesemua peserta yang dipilih mempunyai IQ yang tinggi, tetapi disebabkan rasa gemuruh ketika berdepan dengan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya menjadi gugup.
“Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebih. Mereka sangat bijak sebenarnya,cuma kerana gugup, jawapan betul patut diberikan menjadi salah pula.
“Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugas diberi,” katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.
Pada episod pertama, peserta yang mewakili Johor, Wan Zarith Sofea menerima kecaman dan sindiran dari netizen apabila gagal membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi.
Perkara sama turit berlaku kepada peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin yang gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia.