Polis trafik marah pengadu ditukar serta-merta

Polis trafik marah pengadu ditukar serta-merta

Anggota polis wanita itu yang ditukar secara dalaman turut disiasat sementara keputusan selanjutnya dibuat.

ipd-subang-jaya

KUALA LUMPUR:
Anggota polis trafik wanita yang didakwa memarahi seorang pengadu di kaunter pejabat pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Ahad lepas, ditukar secara pentadbiran serta-merta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, anggota wanita itu tidak lagi berurusan di barisan hadapan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan memberi jaminan siasatan telus akan dilakukan terhadap insiden berkenaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

“Polis memberi jaminan bahawa siasatan dalaman yang dijalankan akan menyiasat segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya,” kataya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pegawai dan anggota IPD Subang Jaya perlu sentiasa mempamerkan keperibadian tinggi dan sabar dalam melayan kerenah pelanggan yang membuat aduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.