Pemandu bas dirakam pandu sebelah tangan ditahan

Pemandu bas dirakam pandu sebelah tangan ditahan

Ketua Polis Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata, lelaki itu ditahan ketika hadir beri keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah.

pandu bas sebelah tangan
Tangkap layar video tular memapaparkan pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan berbahaya, dengan sebelah tangan memegang stereng.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pemandu bas ekspres yang dirakam memandu secara berbahaya sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah pada tengah hari tadi, lapor Sinar Harian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Selasa mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Khamis lalu, polis dilaporkan sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres yang dirakam memandu dalam keadaan menyandar ke belakang dan hanya menggunakan sebelah tangan untuk memandu pada waktu malam.

Abu Bakar dilaporkan berkata siasatan awal mendapati bas dengan nombor pendaftaran BSB 4999 itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Katanya, lokasi kejadian dipercayai berlaku di KM196.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, namun (kejadian) masih dalam siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.