Menerusi visual yang menjadi viral, anggota berkenaan yang bertugas di bahagian kaunter berang terhadap pengadu yang bukan sahaja telah menghinanya dengan perkataan tersebut malah, turut bertindak merakam situasi berkenaan.
Berdasarkan perbualan, kejadian dikatakan berpunca apabila anggota terbabit meminta seorang pengadu untuk membuat laporan mengenai satu kes dipercayai melibatkan kemalangan.
Bagaimanapun, pengadu yang datang bersama beberapa lagi rakannya telah mengerumuni kaunter menyebabkan anggota tersebut menyuruh yang lain duduk di tempat menunggu.
Namun, arahan anggota berkenaan tidak diendahkan sebaliknya, salah seorang rakan pengadu telah menghina anggota itu dengan perkataan bodoh menyebabkan dia hilang pertimbangan.
Anggota wanita itu yang bersikap profesional dalam mengawal situasi tidak sedikit pun menggunakan kata-kata kesat terhadap pengadu yang merupakan pelanggannya sebaliknya, ada mencadangkan supaya mereka membuat aduan di balai polis lain.
Tidak diketahui bila kejadian itu berlaku serta lokasi balai polis berkenaan.
https://www.facebook.com/video.php?v=1529091307394208
