DAP dakwa Azalina beri kenyataan bercanggah dengan SPRM

DAP dakwa Azalina beri kenyataan bercanggah dengan SPRM

Tony Pua juga mahu Azalina menyediakan bukti terhadap kenyataannya dan kegagalan berbuat demikian, maka perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Tony-pua-azalina
KUALA LUMPUR: DAP mempersoal kenyataan yang diberikan oleh Azalina Othman Said mengenai penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam SRC International memandangkan ia bercanggah dengan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Parlimen pada minggu lepas menyatakan bahawa siasatan SPRM mendapati tiada amalan rasuah di pihak Najib, masih terlalu awal kerana siasatan ke itu masih belum selesai.

“Azalina harus menjelaskan sebab kenyataannya bercanggah daripada SPRM. Adakah dia cuba menyesatkan Parlimen dengan memberi jawapan untuk melepaskan Najib yang merupakan ketuanya?” kata Tony Pua dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mahu Azalina menyediakan bukti terhadap kenyataannya dan kegagalan berbuat demikian, maka perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Jika dia gagal memberi penjelasan dan bukti bahawa SPRM telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada semua jenayah, maka kita akan pertimbangkan untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa kerana sengaja mengelirukan Parlimen,” kata Tony Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam ( PAC).

Minggu lepas, Tony Pua meminta Parlimen menjelaskan jikalau Peguam Negara telah menyiasat RM27 juta yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, dikatakan daripada SRC International.

Pua juga mendakwa RM3.2 juta daripada jumlah tersebut digunakan untuk membayar bil-bil kad kredit Visa dan Mastercard Najib.

SRC International merupakan bekas anak syarikat firma pelaburan milik 1MDB tetapi kini di bawah Kementerian Kewangan

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.