Guru wujudkan kumpulan Whatsapp sebar video lucah disiasat

Guru wujudkan kumpulan Whatsapp sebar video lucah disiasat

Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku.

Jame-Alip_watsapp_teacher_600
PETALING JAYA: Perbuatan seorang guru mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu dipandang serius oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Justeru, satu siasatan sedang dijalankan terhadap guru yang sudahpun dikenal pasti identitinya.

Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, jabatan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana ia jelas mencemarkan nama baik jabatan dan profesion guru.

“Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

“Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku,” katanya lapor Bernama.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan mengejut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar semalam.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.