
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penganjur Himpunan BERSIH perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM64,955.00, manakala, penganjur Himpunan Baju Merah pula dikenakan RM38,214.70.
“Alam Flora telah mengambil tindakan dengan menghantar invois tuntutan bayaran bertarikh 1 September 2015 kepada penganjur Himpunan BERSIH dan 30 September kepada penganjur Himpunan Baju Merah.
” Sebarang tindakan susulan berkenaan tuntutan kos bayaran pembersihan kepada penganjur akan dibuat oleh pihak Alam Flora memandangkan konsesi tersebut mempunyai hak untuk membuat tuntutan ini dan selaku pihak yang memberikan perkhidmatan,” ujar beliau.
Rahman berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang meminta beliau menyatakan jikalau penganjur kedua-dua perhimpunan itu telah melangsaikan kos pembersihan.
Perhimpunan BERSIH 4 diadakan pada 29 dan 30 Ogos dianggarkan kira-kira 300,000 orang manakala Perhimpunan Maruah Melayu (Baju Merah) pula diadakan pada 16 September menghimpunkan 50,000 orang walau pada awalnya dikatakan akan melibatkan 1,000,000 peserta.