Saya belum diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen – Izzah

Saya belum diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen – Izzah

Ia berikutan usul yang dicadangkan oleh Azalina untuk mengheret Izzah kerana telah mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram

nurul-izzah,Jawatankuasa-Hak-dan-Kebebasan

KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau sehingga kini masih belum diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia berikutan, Nurul Izzah pada tahun lepas dilaporkan telah bertemu dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan melancarkan serangan bersenjata di Sabah pada tahun 2013.

“Saya masih belum lagi dipanggil,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar Dewan Rakyat, hari ini.

Nurul Izzah juga memberitahu, sehingga kini masih belum dimaklumkan bilakah beliau akan dipanggil.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan usul itu pada sesi Parlimen sidang yang lepas turut menyatakan beliau bersimpati dengan pemimpin PKR itu.

Azalina mencadangkan Nurul Izzah memohon kedua-dua Jacel dan Datuk Bandar Manila, Joseph Estrada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk membersihkan dirinya.

Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu diluluskan dengan undi blok, dengan 105 menyokongnya manakala 77 yang lain tidak bersetuju.

Bahkan, sewaktu menerima keputusan usul itu, Izzah mengakui bahawa beliau begitu sebak sehingga menitiskan airmata ketika menerangkan kepada Dewan Rakyat berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.