Dua tahun MH370: Apa imej negara di mata dunia?

Dua tahun MH370: Apa imej negara di mata dunia?

MH370: Satu insiden yang 'rare' mengegarkan dunia, memberi pelbagai pengajaran kepada Malaysia, dalam masa yang sama meninggalkan kesan negatif kepada imej penerbangan negara.

MH3703
Bagi sesetengah negara bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir, tanah runtuh dan sebagainya adalah perkara yang paling memudaratkan.

Ada negara yang terpaksa berbelanja berbilion dollar dan masih tidak dapat recover daripada bencana itu. Tetapi di negara kita, lain pula ‘bencana’nya. Sejak kehilangan pesawat MH370, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, Malaysia terkenal atas sebab negatif. Usaha pencarian yang masih diteruskan membabitkan Malaysia, Australia dan China melibatkan kos US$130 juta (RM550 juta) seolah-olah tidak berkesudahan.

Justeru, ia menyebabkan imej Malaysia tidak dapat recover mungkin selama-lamanya.

Sejak daripada detik itu, imej Malaysia terus menjadi sasaran untuk dipanah oleh media-media antarabangsa. Sehingga ke hari ini, ia masih dan terus menjadi sebutan. Misterinya yang masih tidak dirungkai menjadi intipati media antarabangsa untuk terus menjual produk mereka, termasuk dengan mencemar nama negara.

Tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga mangsa, ada juga media yang mensensasi dan menjadikan insiden tersebut sebagai hiburan, troll, bahan jenaka, semuanya impak kepada imej negara.

Dalam pada itu, ada juga ura-ura yang menyatakan satu filem akan dibikin berlatarkan insiden tersebut. Walaupun belum pasti kesahihannya, insiden seperti ini sememangnya rencah dunia perfileman barat. Sehingga filem itu keluar kita tidak dapat menentukan apakah jenis kesannya kepada negara kita.

Tidak dilupakan, pada bulan Mac tahun lalu, ulangtahun pertama kehilangan pesawat tersebut, satu dokumentari mengaitkan beberapa spekulasi kehilangan MH370 turut dikeluarkan oleh National Geographic. Walaupun tidak disiarkan secara rasmi di Malaysia, ia memberikan imej yang kurang baik khususnya membabitkan krew penerbangan.

Kehilangan pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang Kapten Kapten Zaharie Ahmad Shah juga terus menerima cemuhan apabila beliau dipersalahkan. Pelbagai tuduhan terus dipanah walaupun belum ada bukti yang mengesahkan perkara itu. Ia lantas memberikan imej yang sangat buruk kepada psikologi juruterbang negara, tidak ketinggalan syarikat penerbangan itu sendiri.

MAS, sebuah nama yang telah mengukir imej tersendiri dalam arena penerbangan, memenangi pelbagai anugerah bertaraf antarabangsa, antaranya Krew Kabin Terbaik Dunia, anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik, mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX World, menyertai kumpulan penerbangan elit dam dipilih sebagai antara 10 syarikat penerbangan terbaik dunia 2012.

Namun semua itu hilang sekelip mata selepas terlibat dalam insiden MH370 dan kemudian disusuli dengan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh.

Syarikat penerbangan premier negara juga jatuh tak bangun-bangun selepas kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila terus diserang dengan pelbagai tuntutan, di landa kerugian, kerugian terdahulu dan sebagainya. Sehinggakan syarikat itu terpaksa mencantas sebilangan besar kakitangan dan membawa masuk CEO baharu untuk memperkasa semula syarikat yang nyawa-nyawa ikan itu.

Bukan itu sahaja, sehingga hari ini (Jumaat) masih ada tuntutan ganti rugi yang difailkan di mahkamah terhadap syarikat penerbangan tersebut. Menurut laporan, waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine memfailkan saman kecuaian terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Paling epik sehingga ke hari ini ialah betapa imej pihak yang mengendalikan saat genting selepas insiden itu dalam menghadapi media antarabangsa yang masih menjadi buah mulut. Tanpa menamakan secara khusus, insiden itu juga telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap pemimpin dan pihak berkuasa benar-benar layak dan sebaliknya. Cara mereka berkomunikasi, mengendalikan soalan media antarabangsa, persepsi yang diberikan, kerjasama dalam menyediakan maklumat dan sebagainya benar-benar meletakkan Malaysia dalam ‘hot pot’ sehingga ke hari ini.

Media dunia (termasuk tempatan) juga membanding-bandingkan kelemahan cara pengendalian Malaysia khususunya melibatkan MH370 dan negara serta syraikat lain yang dilihat lebih professional dan efektif dalam menangani insiden melibatkan kemalangan pesawat.

Sehingga saat ini, ‘Google’ atau ‘Yahoo’ sahaja MH370, pasti ada berita, gambar dan perkongsian mengenainya. Menjadikan Malaysia dikenali tetapi untuk sebab yang salah dengan imej yang sangat serong.

Pada ulangtahun insiden kehilangan MH370 ke-dua ini, FMT ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan berharap roh mangsa dirahmati Tuhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.