
Menyedari hakikat itu, Kelab Bangsar Utama tampil menganjurkan forum ‘ISIS, Islam dan Ektremisme Global’ dengan meletakkan Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Mazlee Malik sebagai penceramah utama.
Menurut penganjur program, Mohd Rizal Hamdan, kaedah ini merupakan satu wadah baru untuk rakyat mendapat ilmu dengan cara mudah khasnya anak-anak muda.
“Fokus kita ingin mengadakan program pendidikan secara percuma dari segi politik, sosial dan sebagainya untuk orang-orang muda.
“Dengan adanya pendidikan melalui politik tersusun, perubahan yang dilakukan oleh masyarakat lebih mudah tanpa melibatkan keganasan dan sebagainya.
“Seterusnya kita mahu anak muda faham perbezaan antara radikalisme dan extremisme. Lazimnya yang menjadi masalah ialah salah faham, misalnya konsep jihad di mana keganasan dari segi agama dikaitkan dengan jihad. Oleh itu kami anjur program seperti ini dan berharap penjelasan Dr Mazlee dapat membekalkan pendidikan asas kepada anak muda,” katanya kepada FMT.
Malah, dalam forum yang sama juga, Mazlee mendedahkan pengganas Sulu sebagai ancaman sebenar Malaysia dan bukannya negara Islam, Iraq dan Syria (ISIS).
Tidak menolak ISIS atau Daesh sebagai ancaman kepada keselamatan negara, namun ianya tidak boleh dianggap sebagai ‘ancaman sebenar’.
Jelas ahli akademik itu lagi, beliau mengakui media sosial antara faktor utama penyebaran ISIS kerana perhubungan lebih mudah dengan saluran media sosial menyebabkan ramai terpengaruh dengan fahamam tersebut.