SYABAS sangkal dakwaan gangguan air di Lembah Klang

SYABAS sangkal dakwaan gangguan air di Lembah Klang

Maklumat yang disebarkan tidak benar dan ia sebenarnya merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang berlaku pada tahun 2014

selangor_water_syabas_600

PETALING JAYA:
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyangkal maklumat yang tersebar di laman aplikasi WhatsApp baru-baru ini barhubung akan ada catuan bekalan air peringkat kedua di Lembah Klang.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata maklumat yang disebarkan tidak benar dan ia sebenarnya merujuk kepada pelan catuan bekalan air yang berlaku pada tahun 2014.

“Pengguna disarankan menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atau www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini SYABAS juga pernah menyangkal penyebaran maklumat palsu yang mendakwa gangguan bekalan air akan berlaku di seluruh Selangor selama 36 jam.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, ada pihak yang cuba menimbulkan situasi panik dalam kalangan pengguna melalui penyebaran maklumat palsu itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pengguna tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.