Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, laporan kesihatan itu diperlukan sebelum tindakan diambil terhadap syarikat pembekalan makanan berkenaan.
“Saya masih menunggu laporan kesihatan itu untuk mengetahui sama ada wujudnya elemen jenayah. Kita tunggu laporan apakah kandungan sebenar dalam mi itu,” katanya ketika mengulas insiden itu.
Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas, akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Mahdzir berkata ia merupakan kes pertama yang berlaku di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Beliau turut menasihatkan kontraktor RMT untuk menjaga kebersihan dan kualti makanan.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.
– BERNAMA