Isteri lahirkan rasa syukur dicerai talak tiga

Isteri lahirkan rasa syukur dicerai talak tiga

Nor Idayu pernah cuba menyelamatkan rumahtangganya tetapi selepas mengetahui suaminya ada perempuan lain usahanya itu terhenti.

Nor Idayu Zulkifli

PETALING JAYA:
Seorang wanita yang videonya menjadi viral di Facebook apabila hadir ke majlis perkahwinan suaminya melahirkan rasa syukur selepas diceraikan dengan talak tiga sekaligus menamatkan episod duka yang dihadapinya lebih dua tahun.

Memetik perbualan dari rakaman video yang disiarkan di laman portal Harian Metro Online, wanita tersebut, Nor Idayu Zulkifli, 25, berkata, dia berpuas hati dengan keputusan bekas suaminya itu.

“Sebelum ini saya memang pernah cuba menyelamatkan rumah tangga kami tetapi selepas saya dapat tahu dia ada perempuan lain saya terus stop (berhenti).

“Saya cuma nak dapatkan pengesahan. Saya belum bercerai lagi tetapi kenapa nak kahwin lain,” katanya.

Dalam perbualan pada video berkenaan, Nor Idayu berkata, dia hanya mahu bekas suaminya itu melepaskannya dengan cara baik dan redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Baru-baru ini tersebar sebuah rakaman menunjukkan seorang wanita hadir ke satu majlis perkahwinan yang dikatakan pengantin itu adalah suaminya.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, bekas suami wanita itu didakwa telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa memberitahu apa-apa kepada isterinya.

Wanita tersebut kemudian telah meluahkan rasa kecewanya di media sosial dengan menyatakan dia telah ditinggalkan oleh suaminya selama tiga bulan atas alasan mempunyai urusan kerja di Melaka dan kemudian menghilangkan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.