The Red Warriors akhirnya kena mandi bunga

The Red Warriors akhirnya kena mandi bunga

Ia disebabkan para pemain dilihat tidak bersemangat dan selain mahu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat Skuad Kijang

dato-vida,trw
PETALING JAYA: Penaja utama The Red Warriors, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membawa semua pemain dan ketua jurulatih pasukan itu `mandi bunga’ sebelum bertemu dengan Kedah pada aksi Liga Super dan Piala FA, minggu ini.

Hasmiza atau lebih popular dengan panggilan Datuk Vida berkata, inisiatif itu diambil bagi membangkitkan aura positif dalam kalangan pemain selepas pasukan tajaannya itu masih gagal mengutip tiga mata penuh serta menamatkan kemarau kemenangan.

“Saya akan belanja mereka semua mandi mandi. Saya tengok semua pemain macam tak bersemangat, ada peluang untuk jaringkan gol tetapi benteng pertahanan pula buat kesilapan.

“Tempoh hari Traore yang ada masalah, tapi kali ini barisan pertahanan pula. Saya fikir dengan cara ini akan membantu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat skuad Kijang dan juga Devan (Ketua Jurulatih),” katanya yang dipetik dari Mstar Online.

Tambahnya, rawatan itu akan dilakukan di Kedah sebelum aksi sepak bermula dengan Skuad Helang Merah pada Selasa, manakala persaingan kedua pada Jumaat.

“Saya mahu aura juara bersama mereka dalam dua perlawanan penting itu. Diharap selepas ini, pemain dan jurulatih akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau menaruh harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk merekodkan kemenangan di negeri Jelapang Padi itu setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan tersebut.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.