
Sebaliknya kumpulan tersebut dikatakan hanya berjuang untuk kepentingan individu semata-mata.
Penulis blog pro UMNO, MYKMU berkata demikian di samping menyarankan agar bahagian-bahagian yang membantah keputusan majlis tertinggi supaya membubar sahaja bahagian mereka kerana tidak lagi menghormati keputusan parti.
Tulisnya, keputusan yang dikenakan terhadap Muhyiddin tidak berbeza dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden oleh Majlis Tertinggi (MT) tanpa melalui jawatankuasa disiplin tidak sah, maka pemecatan Anwar dulu pun tidak sahlah juga sebab tidak lalu jawatankuasa disiplin?
“Kenapa Pagoh dan Muhyiddin menyokong pemecatan Anwar pada ketika itu? Peraturan itu sama saja dulu dengan sekarang, mana ada ubah sama sekali. Kok lalu jawatankuasa disiplin sekalipun, masih kena dapat persetujuan MT dulu.
“Ini sebenarnya proses biasa, di mana-mana parti pun. Tunku Aziz lawan Guan Eng, kena buang, dua ADUN PKR lawan Guan Eng, kena buang, Anwar lawan Mahathir, kena buang, Musa Hitam lawan Mahathir, kena buang, Mat Sabu lawan Hadi, kena buang, Khalid Ibrahim lawan Anwar, kena buang dan banyak lagi,” petik kata menerusi posting terbaharu blong tersebut di sini hari ini.
Tidak cukup dengan itu, penulis turut membidas sikap Muhyiddin yang mengingkari janjinya untuk setia membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Nak cakap pasal 6 tahun dulu. Muhyiddin berikrar nak jadi Timbalan yang setia, tapi setia ke dia sekarang? Baik kepada parti, Presiden dan sebagainya, setia?
“Jangan cakap 6 tahun dululah, cakap lepas kena pecat ni sebab itulah pun justifikasi MT untuk gantung tugas Muhyiddin. Kita cakap baru-baru ni, dia dok ulang 6 tahun dulu.