Model dan pelakon didakwa muatnaik gambar bercium

Model dan pelakon didakwa muatnaik gambar bercium

Gambar itu dipercayai dirakam di luar negara dengan kedua-duanya hanya berpakaian mandi.

Ahya-Ulumuddin-Rosli

PETALING JAYA:
Seorang pelakon dan model tempatan mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan apabila sekeping gambar yang menyerupai dirinya sedang bercium dengan seorang wanita dimuat naik di akaun Instagramnya.

Pelakon dan model itu, Ahya Ulumuddin Rosli yang juga merupakan anak kepada pelakon tersohor, Normah Damanhuri. Ahya pernah berlakon di dalam filem Tanda Putera.

Memetik laporan Media Hiburan Online, gambar itu diambil di tepi pantai berbukit dipercayai di luar negara dengan kedua-duanya berpakaian mandi.

Ia menyatakan gambar itu dikirim oleh seorang pembaca yang dipercayai mengambilnya menerusi akaun Instagram pelakon dan model itu.

“Gambar ini mungkin hanya sekadar lakonan semata-mata ataupun hanya untuk kegunaan komersial tidak dinyatakan di status gambar tersebut. Mungkin juga sekadar suka-suka.

“Pun begitu, hanya Ahya yang mengetahui tujuan dia memuat naik gambar tersebut.,” lapor Media Hiburan Online.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.