Pengerusi Persatuan Penduduk Gasing Indah, Lfred Chuah mendakwa, pemaju projek juga menjalankan kerja-kerja pembinaan pada hujung minggu dan cuti umum.
“Keadaan ini benar-benar mengganggu penduduk di sini yang mahu menghabiskan cuti hujung minggu untuk bersama keluarga,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, Chuah berkata, penduduk turut tertekan berikutan projek pembinaan dijalankan sehingga lewat malam.
Katanya, walaupun telah membuat aduan sebanyak dua kali kepada DBKL pada hujung tahun lalu, Chuah mendakwa, masih tiada sebarang tindakan diambil.
“Saya sendiri telah menghubungi talian aduan hotline DBKL serta membuat aduan melalui online kepada pihak berkenaan namun masih tiada sebarang tindakan susulan hingga kini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran menggesan DBKL menghantar pegawainya ke tapak pembinaan tersebut bagi menyiasat aduan penduduk.
“Pihak DBKL perlu pergi membuat pantauan ke tapak pembinaan itu pada setiap Ahad bagi menjalankan pemantauan ke atas projek terbabit yang didakwa menjalankan kerja melebihi masa ditetapkan.
“DBKL perlu mengeluarkan notis henti kerja kepada pemaju sekiranya mereka didapati meneruskan kerja pembinaan pada cuti hujung minggu.
“DBKL perlu mengambil tindakan segera, jangan tunggu aduan baru tindakan hendak diambil,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan membawa isu tersebut dalam Perjumpaan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bersama Datuk Bandar pada 26 Februari ini.
