Anak Sultan Johor lancar koleksi fesyen

Anak Sultan Johor lancar koleksi fesyen

Beliau berkerjasama dengan Jovian Mandagie untuk menghasilkan koleksi baju kurung moden di bawah jenama TunkuTunAminahXJovian.

tunku-aminah,fesyen

PETALING JAYA:
Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah, dilapor mengeluarkan koleksi fesyen yang mengetengahkan rekaan baju kurung moden yang eksklusif.

Beliau bekerjasama dengan pereka tempatan tersohor, Jovian Mandagie untuk menghasilkan koleksi fesyen di bawah jenama, TunkuTunAminahXJovian.

Sebanyak 10 pasang koleksi baju kurung rekaan Tun Aminah dilancarkan baru-baru ini, memetik laporan sebuah portal hiburan,

Sementara itu Jovian menerusi akaun Instagramnya menyatakan beliau sangat teruja dapat bekerjasama dengan Tunku Aminah.

Jovian merupakan menantu kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.