Deepa: Hidup bersembunyi, ketakutan- Wanita MIC

Deepa: Hidup bersembunyi, ketakutan- Wanita MIC

Mohana berkata dia hairan dengan sikap pihak berkuasa yang berdiam diri terhadap ancaman Izwan.

Mohana-Muniandy_deepa_600_1

PETALING JAYA:
Pengurus Restoran S. Deepa terpaksa menyembunyikan diri dam hidup dalam ketakutan selepas bekas suaminya mengancam untuk merampas anak perempuannya.

Deepa, seorang ibu Hindu, melalui cabaran besar dalam merebut hak penjagaan ke atas dua orang anaknya yang telah ditukar agama oleh bekas suaminya selepas dia sendiri menukar agama kepada Islam.

Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy memberitahu Deepa kini dalam pengawasan rapatnya dan dia (Deepa) hanya bercakap dengan mereka yang benar-benar dalam lingkungan akrabnya sahaja.

“Dia hidup dalam ketakutan. Siapa yang boleh menyalahkan dia?” soal Mohana kepada FMT ketika dihubungi.

Awal minggu ini, bekas suami Deepa, Izwan Abdullah, dalam satu temubual telah mengancam akan merampas anak perempuanya, Sharmila, 11, jika dia dibawa ke kuil atau diberi makanan yang tidak halal.

Manakala, Deepa menyatakan dia akan terus membesarkan anak perempuannya sebagai seorang Hindu.

Mohana juga berkata Wanita MIC bimbang apabila Izwan seolah-olah tidak takut untuk bertindak melanggar undang-undang.

“Saya hairan mengapa pihak berkuasa berdiam diri terhadap ancaman Izwan,” kata Mohana sambil menambah lelaki itu telah menyebabkan sedikit ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat India.

Mohana turut menyoal jika tindakan akan diambil terhadap Izwan sekiranya dia bertindak mengingkari perintah mahkamah terhadap hak akses kepada kanak-kanak ataupun dia ‘di atas undang-undang’.

“Adakah pihak berkuasa akan memberi tindak balas yang sama jika keadaan adalah sebaliknya?”

Justeru, Mohana menggesa pihak berkuasa untuk melihat situasi ini di luar konteks bangsa dan agama demi menegakkan undang-undang, yang mana baginya ia tidak dipraktis dalam isu ini.

Deepa dan Izwan terlibat dalam kontroversi perebutan hak penjagaan selepas IZwan menukarkan agama dua anak mereka tanpa pengetahuan Deepa.

Mahkamah Tinggi Seremban telah memberikan hak penjagaan kedua-dua kanak-kanak kepada Deepa, tetapi Izwan mengambil anak mereka, Mitran dua hari kemudian.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memberikan hak penjagaan anak perempuan kepada Deepa manakala Izwan diberikan hak penjagaan bagi Mitran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.