I-Medik burukkan kebaikan ganja ciptaan Allah – Syed Rosli

I-Medik burukkan kebaikan ganja ciptaan Allah – Syed Rosli

Dr Nadiah berkata demikian kerana menjual ubatan sintetik dari negara Barat.

syed-rosli
PETALING JAYA: Syed Rosli Jamalullail menyifatkan kenyataan pengamal perubatan Islam, I-Medik, Dr Nadiah Norudin adalah tidak ikhlas serta tidak bercakap benar.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, berkata doktor itu berkata demikian kerana menjual ubatan sintetik dari negara Barat.

“Maka kita kekal halalkan rokok dan arak untuk alternatif kita. Dr ini tidak kritik rokok dan arak yang jelas berbahaya, ketagihan teruk, haram di sisi Islam, malahan menyatakan kanabis adalah dadah.

“Allah mencipta dadah untuk rosakkan manusia? Ini adalah doktor yang tidak ikhlas dan berkata benar. Doktor ini adalah penjual ubatan sintetik barat,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Syed Rosli turut mengkritik bacaan jurnal yang dibaca Dr Nadiah dan menyifatkan jurnal itu berat sebelah selain bertujuan memburukkan kebaikan kanabis ciptaan Allah SWT.

“Doktor ini hanya mempunyai pengetahuan melalui bacaan tulisan jurnal orang lain yang mungkin hanya bertujuan untuk memburukkan kebaikkan cannabis ciptaan Allah ini demi untuk menjual ubatan sintetik mereka yang sebenarnya banyak merosakkan manusia dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Syed Rosli turut mengambil contoh Belanda yang bebas menggunakan marijuana dalam pelbagai sektor.

“Belanda adalah negara yang paling bebas dengan marijuana dan di sana merekalah mempunyai jurutera-jurutera yang terbaik di dalam dunia. Dr ini tidak pernah ke Belanda atau tinggal di sana. Jadilah Dr yang bijak dan bukan menipu fakta,” ujarnya.

Sebelum ini, Dr Nadiah membidas cadangan pemimpin akar umbi UMNO supaya penggunaan ganja mengikut undang-undang tidak dijadikan satu kesalahan bagi mengurangkan tekanan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.