Gerai kecil: Tampal lesen atau dikompaun

Gerai kecil: Tampal lesen atau dikompaun

Tindakan kompaun itu untuk memastikan peniaga mematuhi undang-undang sedia ada.

Hamzah-Zainudin_gerai-keci_600

KUALA LUMPUR:
Kerajaan memberi amaran kepada pengusaha gerai kecil supaya menampal lesen perniagaan jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas termasuk dikompaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan kompaun itu untuk memastikan peniaga mematuhi undang-undang.

Zainuddin berkata demikian selepas mengadakan pemeriksaan di gerai-gerai kecil di sekitar kawasan Masjid Jamek hari ini.

“Saya nak beritahu kepada semua peniaga, lesen-lesen mesti dilekatkan di gerai mereka.

“Saya tidak mahu nanti buat sekali lagi pemeriksaan tak ada. Pemeriksaan pertama kali ini kita beri peringatan.

“Lepas ini buat sekali lagi, kalau mereka tak lekatkan lesen, kita akan bagi kompaun. Hari ini kita bagi peringatan,” katanya dalam sidang media di Kompleks SOGO.

Dalam pada itu, Hamzah turut meminta pekerja asing yang berkerja di gerai-gerai kecil supaya sentiasa membawa permit kerja.

“Saya nak beritahu lain kali datang (buat pemeriksaan), dia (pekerja asing) kena tunjuk bukti ada permit.

“Kita (KPDNKK) akan bekerjasama dengan Imigresen bagi memastikan pekerja asing mematuhi undang-undang yang ada.

“Kita mahu komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya KPDNKK diberi kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan yang lebih tegas,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.