Cinta: Lelaki perlu lebih bertanggungjawab – Rani Kulup

Cinta: Lelaki perlu lebih bertanggungjawab – Rani Kulup

Jangan terlalu ghairah dengan perkara tidak senonoh, pesan ayah.

rani-kulup-valentines

PETALING JAYA:
Tidak salah meraikan ikatan perasaan antara dua insan bercinta asalkan ia disadur adab ketimuran dan tidak melanggar hukum Islam, kata Abdul Rani Kulup Abdullah bersempena sambutan Hari Kekasih, esok.

Rani, atau lebih mesra dipanggil “ayah”, berkata pada dasarnya beliau tidak bersetuju pasangan yang beragama Islam menyambut Hari Kekasih kerana ia dikaitkan dengan budaya orang Kristian.

“Ayah tidak galakkan Hari Kekasih ini dijadikan satu publisiti, kalau yang ada kekasih itu cepat-cepatlah kahwin.

“Nasihat ayah kepada anak-anak muda zaman sekarang ini janganlah terlalu ghairah dengan perkara tidak senonoh, sehingga membawa kepada perkara sumbang. Kalau nak keluar minta izin dengan ibu bapa kerana itu budaya yang diajar orang zaman dulu-dulu,” katanya dalam nada nasihat.

Sepanjang perbualan dengan FMT, Rani berulang-kali menekankan si lelaki perlu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan mereka.

Tegasnya, niat yang baik perlu disusun dalam perhubungan supaya percintaan menjadi murni, selaras dengan tuntutan budaya ketimuran.

“Jangan kata Hari Kekasih ini kita bebas buat apa kita suka tanpa meminta izin dengan ibu bapa itu salah.

“Ia bergantung kepada niat, jangan kata Hari Kekasih ini kita bebas buat apa yang kita suka. Kalau kita menyambutnya mengikut cara Islam ok la, jangan kita sambut Hari Kekasih pergi ke kelab, pergi minum dan buat perkara bukan-bukan itu tak boleh haram hukumnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.