Tak salah sultan guna kuasa halang penceramah

Tak salah sultan guna kuasa halang penceramah

Sultan dan penasihat agama melakukan penyelidikan dan ada asas tertentu yang menyebabkan tindakan menghalang itu diambil.

ramlah_ceramah_600

PETALING JAYA:
Sultan-sultan di setiap negeri berkuasa menghalang mana-mana penceramah agama daripada menyampaikan kuliah dan ceramah di negeri jajahan mereka.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Perlembagaan Persekutuan dan negeri juga telah memutuskan bahawa sultan sebagai ketua agama dan tindakan menghalang penceramah berceramah juga bukan suatu kesalahan.

“Di negeri-negeri beraja, Raja menjadi Ketua Agama Islam dan juga pengerusi agama Islam. Dalam Perlembagaan sudah dinyatakan dengan jelas mengenai kedudukan mereka.

“Saya rasa, tindakan sultan itu ada asasnya. Ia bagi memastikan Islam itu tidak disalah tafsir, disalah ajar,” ujarnya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Kata Ramlah lagi, walaupun sultan mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana penceramah daripada menyebarkan dan menyampaikan kuliah agama, ia haruslah dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Mengulas lanjut, Ramlah percaya sultan dan penasihat-penasihat agama telah melakukan penyelidikan dan ada asas-asas tertentu yang menyebabkan tindakan menghalang itu diambil.

“Sekarang ini banyak ajaran agama Islam yang menyimpang. Jadi tidak salah sultan bertindak sedemikian selagi masih dalam bidang kuasanya,” jelasnya.

Sebelum ini, 16 orang penceramah termasuk Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdidin telah dihalang daripada menyampaikan kuliah dan ceramah di negeri Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.