Mohd Azharuddin Nordin yang baru berusia 24 tahun mati selepas ditumbuk oleh suspek yang mengekorinya kerana tidak berhenti mengambil anak saudaranya.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, kejadian itu berlaku pada pukul 7 malam semalam di Jalan Kampung Sungai Udang, Klang.
Beliau berkata, suspek kini dalam tahanan polis didakwa berang dengan hakikat bahawa si mati telah lupa untuk mengambil saudaranya dari sebuah sekolah agama di sekitar kawasan.
“Mangsa meninggal dunia dalam van itu. Kami menahan suspek di rumahnya kira-kira satu jam selepas kejadian tragis itu,” katanya ketika dihubungi FMT.
Suspek berusia 29 tahun itu kini di bawah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 10 Februari lalu ketika polis menyiasat beliau di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Bedah siasat ke atas si mati akan dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.