
Menerusi satu sistem yang dipanggil SMART (Self-Monitoring Analytics Reporting Technology), Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, sistem itu dibangunkan bagi mengurangkan insiden tidak diingini serta salah laku sama ada yang dilakukan oleh tahanan ataupun polis di dalam lokap.
“Isu tahanan dalam lokap memang menjadi perhatian media jika berlaku kematian atau pergaduhan.
“CCTV `’intelligent’ yang dipasang akan memberi amaran awal kepada sentri untuk memberi respon segera, misalnya jika ada OKT (orang kena tahan) yang cuba mebunuh diri atau sakit (yang menyebabkan kematian mengejut),” katanya pada sidang media di Pusat Tahanan Berpusat Jinjang selepas menghadiri taklimat mengenai sistem berkenaan di sini, hari ini.
Zulkifli berharap sistem yang dibangunkan ini dapat meningkatkan imej polis, terutama daripada pandangan badan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini sering mengkritik tahap keselamatan lokap polis.
“Ia juga lebih telus. Para penyiasat boleh melihat sendiri rakaman CCTV jika ada dakwaan polis melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kematian terhadap tahanan,” katanya lagi.
Sistem lokap SMART dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan telah dilaksanakan di 58 lokap yang bakal dikembangkan ke seluruh negara.
Ia juga mendapat tempat pertama dalam ‘Innovative Enterprise Award Asia Pasific 2015.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Berhad, Datuk Abdul Wahab Abdullah memaklumkan sejumlah RM1 juta dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi digunakan untuk pemasangan sistem itu di Pusat Tahanan Berpusat di Jinjang manakala sejumlah RM3.5 juta lagi digunakan bagi 57 pusat yang lain.
“Sebagai pilot project, sistem di Jinjang lebih menyeluruh dan meliputi seluruh parameter pusat tahanan, manakala 57 pusat lain hanya di kawasan lokap,” katanya lagi.