14 ADUN pembangkang mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

14 ADUN pembangkang mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Perjumpaan itu dikatakan sebagai penentu kedudukan Mukhriz sama ada kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

mukhriz_kedah_pembangkang_600_2

ALOR SETAR:
Seramai 14 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah mengadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perjumpaan itu adalah bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya.

Perjumpaan di Wisma Darul Aman itu diadakan jam 3 petang tadi.

Tujuh daripada ADUN berkenaan adalah dari parti PAS, (2) DAP, (4) PKR dan (1) wakil Parti Amanah Negara (AMANAH).

Difahamkan hanya seorang ADUN PAS yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Semalam, semua 21 ADUN BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyatakan pendirian mereka mengenai krisis pertukara menteri besar di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.