Calon MB: Dua ADUN tidak nafi, tidak mahu ulas

Calon MB: Dua ADUN tidak nafi, tidak mahu ulas

Dua ADUN itu adalah Ku Rahman dan Datuk Azmi

kedah1

ALOR SETAR: Dua ADUN UMNO Kedah iaitu ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin tidak menafikan mereka merupakan antara tiga calon Menteri Besar Kedah yang baharu.

Ketika ditanya, mereka memilih untuk tidak mengulas perkembangan itu. Ku Rahman hanya berkata: “Saya hanya mahu jalankan tugas saya.”

“Saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak mahu komen mengenai Menteri Besar Kedah,” katanya.

Begitu juga dengan Azmi.

“Saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak nafikan, tetapi saya tidak mahu komen,” katanya.

Dalam ada itu, satu lagi calon yang dilaporkan Berita Harian Online iaitu ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid gagal dihubungi FMT.

Ketika cuba dihubungi, beliau mematikan telefon bimbitnya.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.