
Menerusi audio pada rakaman itu, individu terbabit yang dipercayai berbangsa Cina bersikap demikian selepas anggota polis bantuan berkenaan, didakwa memintanya menunjukkan surat kebenaran jika mahu mengutip bekas tin minuman di kawasan tempatnya berkawal iaitu di Stesen LRT di Wangsa Maju.
Lelaki terbabit yang merakam video tersebut tanpa memperlihatkan wajahnya telah mempersoalkan tindakan anggota polis bantuan itu yang didakwa turut menghalangnya daripada berkeliaran di kawasan sekitar Stesen LRT berkenaan.
Rakaman tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook milik Teong Kok Ng dengan dinyatakan pada ruangan status yang bertulis; “Oleh kerana tak kasi wang (rasuah) kepada polis bantuan , polis bantuan Kata kalau nak mengambil aluminium tin di stesen LRT, perlulah surat kelulusan!
“wa-lao-ye ..mengambil tin aluminum untuk alam sekitar pun mahu Surat kelulusan ke?”.
Berdasarkan pemerhatian pada rakaman yang berdurasi 3 minit 56 saat itu, anggota polis bantuan berkenaan bersikap terbuka dan tenang meskipun lelaki Cina terbabit melakukan provokasi terhadapnya.
Meskipun, anggota polis bantuan berkenaan dilihat agak marah dengan tindakan lelaki itu namun, dia tidak melakukan kekasaran terhadapnya.