Qu Puteh tarik balik dua produk

Qu Puteh tarik balik dua produk

Dr Vida akan lakukan penelitian terperinci

vida
PETALING JAYA:
Vida Beauty Sdn Bhd menarik balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block dalam pasaran Brunei dan Malaysia buat sementara waktu.

Pengasasnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Dr Vida) berkata, langkah itu berkuat kuasa hari ini, selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi raksa (merkuri).

“Saya akan melakukan penelitian secara terperinci terhadap dua produk berkenaan. Apa yang penting bagi kami adalah kesihatan pengguna.

“Saya harap pengguna tidak ragu dan panik berhubung masalah ini. Sebelum ini tidak pernah berlaku masalah sebegini,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Dr Vida berkata produk lain seperti Pamoga, Qu Puteh dan Milenia masih dijual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.