Ka Siong nafi umum penggantungan biasiswa

Ka Siong nafi umum penggantungan biasiswa

Ia hanya melibatkan pelajar pra universiti.

Wee-Ka-Siong_jpa_600
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong menafikan ada membuat pengumuman mengenai penggantungan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sebaliknya, beliau berkata, hanya mereka yang menerima bursari pra-universiti sahaja yang akan terjejas.

“Jangan heret skim lain ke dalam perkara ini,” katanya yang dipetik dari Mstar Online.

Setakat ini kata beliau, JPA masih belum membuat pengumuman mengenainya.

“Pertama, anda tidak mempunyai bukti. Seterusnya, saya tidak menerima sebarang aduan seperti itu. Saya hanya boleh menyatakannya apabila saya menerimanya,” ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Dr Wee telah membawa perkara itu ke Jemaah Menteri pada Rabu selepas penerima biasiswa bursari pra-universiti mengadu belum menerima afidavit kewangan daripada JPA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.