Dr Muhaya beri tips kekal positif hadapi kesesakan

Dr Muhaya beri tips kekal positif hadapi kesesakan

Membaca buku bagi penumpang, mendengar bahan audio yang memberi motivasi dan berkomunikasi secara positif dengan pasangan boleh mengurangkan tekanan.

muhaya
PETALING JAYA: Pakar motivasi, Prof Dr Muhaya Mohamad memberi beberapa tips kepada pemandu dan penumpang yang terperangkap dalam kesesakan supaya kekal positif.

Pakar mata itu mencadangkan supaya setiap pemandu menyimpan buku-buku dalam kereta supaya penumpang boleh membaca ketika bosan dalam kesesakan lalu lintas.

Katanya, pemandu pula boleh mendengar bahan-bahan audio yang memberi motivasi selain mendengar stesen radio yang memberi maklumat dan ilmu.

“Kita harus ingat yang kita sentiasa dalam keadaan mencari ilmu dan maklumat. Kedua-duanya berbeza. Maklumat boleh diperoleh di internet atau media tetapi ilmu sesuatu yang memberi kesedaran kerana kita hidup di atas kesedaran,” katanya.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Dr Muhaya juga mencadangkan supaya pemandu berinteraksi dengan penumpang secara positif untuk mengelak tekanan.

Katanya, kesesakan lalu lintas adalah ‘peristiwa’ yang kita tidak boleh dikawal tetapi kita boleh mengawal respon.

“Peristiwa dicampur dengan respon akan menghasilkan kehidupan. Peristiwa negatif (kesesakan) dicampur dengan respon sangat positif maka kehidupan kita menjadi positif,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.