Usahawan Melayu terlalu ghairah kejar populariti – Ridhuan Tee

Usahawan Melayu terlalu ghairah kejar populariti – Ridhuan Tee

Mereka perlu mencontohi syarikat korporat ultra kiasu yang memberi keutamaan dalam pelaburan yang membawa keuntungan jangka masa panjang.

tridhuan-tee
PETALING JAYA: Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegur usahawan Melayu bertaraf jutawan yang berlumba-lumba menaja pasukan bola sepak tempatan dan program hiburan di televisyen.

Katanya, usahawan Melayu terlalu taksub mengejar publisiti dan populariti sehingga tidak tahu membezakan keutamaan.

Katanya, sikap itu jauh berbeza dengan syarikat-syarikat korporat ultra kiasu yang tahu memilih keutamaan dalam membuat tajaan dengan hanya memilih pelaburan yang memberi pulangan menguntungkan.

“Buatlah penyelidikan, masa depan dan prospek bola sepak negara. Adakah kita mampu sampai ke peringkat dunia. ASEAN pun belum lepas. Asia? Jadi berpada-pada,” tulisnya di SInar Harian.

Ridhuan Tee berkata, usahawan Melayu juga ghairah menaja program-program hiburan di televisyen yang memberi kesan negatif kepada generasi muda.

“Bila ada duit sahaja, sibuk menaja program realiti terutama hiburan. Kita ajar anak-anak Islam berpesta dan berhibur.

“Pernahkah kita berfikir akibatnya? Justeru, saya merayu agar jutawan kita memahami keutamaan. Kepentingan masa depan lebih utama daripada hari ini,” katanya.

Beliau menasihatkan usahawan Melayu belajar dengan ultra kiasu dalam memilih keutamaan dengan melabur wang demi kepentingan jangka masa panjang dan kekal abadi.

“Bukan macam kita, pakai redah sahaja terutama jika ada publisiti, populariti dan sensasi. Nak dibawa ke mana budaya popular ini? Tiba masanya hilanglah ia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.