
Perintah reman empat hari hingga 23 Ogos terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, suspek dipercayai meminta dan menerima tajaan daripada beberapa syarikat dan individu untuk membiayai perjalanannya ke beberapa destinasi di luar negara sekitar Mac 2023 hingga Januari 2025 berhubung Projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) dianggarkan bernilai RM125 juta.
“Tajaan perjalanan yang diterima suspek pula melibatkan nilai lebih RM50,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.