‘Tangan ghaib’ lindungi warga Myanmar

‘Tangan ghaib’ lindungi warga Myanmar

Kegagalan pihak berkuasa menangani masalah lambakan warga asing terutamanya Myanmar menjadi penyebab banyak masalah berlaku di Pasar Borong Selayang.

ramesh-rao
PETALING JAYA: Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa wujud `tangan ghaib’ yang melindungi pekerja dan peniaga warga Myanmar di Pasar Borong Selayang.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang membuat dakwaan itu berkata, sekiranya tiada pihak melindungi warga asing terbabit mereka tidak akan berani bermaharajalela sehingga boleh bertindak memukul rakyat tempatan.

“Puluhan laporan polis dibuat oleh orang awam tentang Pasar Borong Selayang. Sehingga hari ini masih tiada tindakan, ini jelas membuktikan bahawa wujud tangan ghaib di sebalik pasar borong itu.

“Kalau tak wujud (tangan ghaib) mana mungkin banyak warga Myanmar di sana. Memang ada yang terlibat melindungi PATI (pendatang asing tanpa izin),” katanya kepada FMT di sini, semalam.

Isu Pasar Borang Selayang menjadi kontroversi susulan dua kejadian tembakan rambang dan bunuh yang berlaku Rabu lalu, didakwa berpunca akibat pergaduhan oleh beberapa lelaki India dengan warga Myanmar.

Mengulas lanjut, Ramesh tidak menolak kegagalan pihak berkuasa bertindak dengan serius menangani isu berkenaan menjadi penyebab berlakunya lambakan warga Myanmar di sana.

“Kerja yang gagal dilaksanakan oleh polis dan imigresen (dalam membersihkan mini Rangoon pasar borong). Kegagalan imigresen, polis dan pihak berkuasa tempatan bertindak juga punca Myanmar bermaharajalela,” katanya.

Tidak cukup dengan kritikan terhadap pihak berkuasa, Ramesh turut mengingatkan warga asing khususnya Myanmar supaya tidak biadap, sehingga berani menimbulkan kemarahan kaum India.

Para pembaca FMT. Sekiranya anda mengetahui sebarang isu berkaitan pengguna, salah laku peniaga atau apa sahaja masalah yang ingin diselesaikan boleh emel kepada kami di alamat [email protected]. Kami akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.