Publika, The Curve tumpuan baharu pengganas

Publika, The Curve tumpuan baharu pengganas

Kawalan keselamatan dipertingkatkan dengan penambahan anggota polis bagi memantau dan mengawal keselamatan orang ramai termasuk pelancong asing

Adnan

PUTRAJAYA:
Dua pusat beli belah tumpuan ramai, Publika di Bukit Kiara dan The Curve di Mutiara Damansara dikenal pasti dua kawasan baharu tumpuan pengganas.

Pendedahan itu dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdasarkan laporan risikan pihak keselamatan negara ini.

Katanya, kawalan keselamatan di kawasan terbabit dipertingkatkan dengan menambah bilangan anggota polis bagi mengawal dan memantau kawasan tersebut.

Katanya, kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan jika perlu menempatkan anggota tentera di kawasan yang terlibat.

“Bangsar, Hartamas, Publika, The Curve, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Menara KL dikenal pasti menjadi tumpuan serangan pengganas

“Bilangan anggota polis yang menjaga kawasan tersebut akan ditambah. Kita juga akan berbincang jika perlu mengerakkan anggota tentera,” katanya selepas melancarkan Kempen Kibarkan Bendera Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, Malaysia perlu berjaga-jaga kerana Indonesia dan Turki menjadi sasaran pengganas disebabkan dua negara berkenaan popular dalam kalangan pelancong asing.

“Ada sesetengah pihak yang cemburu dengan pencapaian negara kita. Lihat saja apa yang berlaku di Indonesia dan Turki yang menjadi tumpuan pelancong asing,” katanya sambal menyeru orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat aktiviti atau individu mencurigakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.