Tahun ini, koleksi kereta anak-anak Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta bakal bertambah apabila anak keduanya, Aniq Ezzra pula mahukan sebuah kereta.
“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” katanya lapor Harian Metro.
“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” katanya yang tegas dalam syaratnya itu.
