Remaja ‘mangsa culik van putih’ masuk asrama akhlak

Remaja ‘mangsa culik van putih’ masuk asrama akhlak

Dia diperintah dihantar ke Asrama Akhlak Tunas Bakti selama tiga tahun selepas mengaku salah memberi maklumat palsu

amirah

KLANG:
Remaja 14 tahun yang konon diculik van putih culik Disember lalu, diperintahkan dihantar ke Asrama Akhlak Tunas Bakti selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nor Asma Ahmad yang berkuatkuasa hari ini, selepas remaja itu mengaku bersalah memberikan maklumat palsu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali berkata, berkata ibu bapa remaja perempuan terbabit juga dikenakan bon untuk melawat anak mereka sebulan sekali.

“Remaja perempuan terbabit akan ditempatkan bermula dari tarikh jatuh hukum (hari ini) dan kegagalan ibu bapa melawatnya akan menyebabkan mereka didakwa,” katanya.

Remaja terbabit mengejutkan negara apabila mendakwa dirinya diculik sebelum dia ditahan polis bersama seorang lelaki di Banting, 31 Disember lalu.

Teman lelaki remaja itu yang berumur 19 tahun telah didakwa pada minggu lalu kerana kesalahan menculik remaja bawah umur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.