Harga Proton naik selepas TBC

Harga Proton naik selepas TBC

Tahap ringgit sekarang lebih rendah berbanding dengan tahun yang lalu, sekaligus memberi kesan kepada harga bahagian peralatan ganti kenderaan yang diimport.

proton

PETALING JAYA:
Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd dijangka menaikkan harga kereta selepas Tahun Baru Cina (TBC) berikutan kenaikan harga kos peralatan ganti kenderaan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Harith Abdullah berkata, ia ekoran penyusutan nilai mata wang ringgit berbanding tahun sebelumnya.

“Tahap ringgit sekarang adalah lebih rendah berbanding dengan tahun yang lalu, sekaligus memberi kesan kepada harga bahagian yang diimport,” katanya selepas majlis pelantikan pengedar baharu syarikat itu, lapor Bernama.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.3930/4000 berbanding dolar AS, jauh berbeza daripada paras 3.57 semasa didagangkan pada masa yang sama tahun lepas.

Harith juga menambah, pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan harga sehingga sambutan TBC supaya membolehkan pelanggan menikmati kereta jenama baharu pada harga semasa.

Menurut Proton lagi, kira-kira 20 hingga 30 peratus daripada bahagian peralatan dalam kenderaannya diimport.

Honda Malaysia telah meningkatkan harga kereta dalam kadar dua hingga tiga peratus tahun ini, manakala UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa ia akan menaikkan harganya sebanyak empat hingga 16 peratus pada bulan ini dan seterusnya.

Mitsubishi Motors Malaysia juga telah membayangkan langkah yang sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.