Tukar agama anak: Pemerintah rancang bentang pindaan

Tukar agama anak: Pemerintah rancang bentang pindaan

Jemaah Menteri mahukan penyelesaian muktamad menangani isu penukaran agama anak secara sebelah pihak

indira-subramaniam

PUTRAJAYA:
Kerajaan merancang untuk meminda undang-undang tertentu bagi menangani isu penukaran agama anak secara sebelah pihak.

“Kerajaan mahu mencari penyelesaian muktamad kepada isu itu,” kata Menteri Dr. S Subramaniam ketika ditanya pemberita samada pasukan tiga anggota yang ditubuhkan Jemaah Menteri itu ditugaskan hanya untuk mencari penyelesaian kepada kes M Indira Gandhi.

Presiden MIC itu berkata pemerintah rancangan pindaan ini merupakan kesinambungan daripada penyelesaian yang dikemukakan pada 2009.

“Kita akan berbincang dengan Peguam Negara bagaimana untuk bergerak ke hadapan.

“Penyelesaian ini akan melibatkan pindaan tertentu ke atas akta tertentu, dan ia perlu dibawa ke Parlimen,” katanya seusai satu majlis di Putrajaya, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pindaan itu seawalnya akan dibentangkan pada persidangan Parlimen Mac atau April.

Subramaniam merupakan salah seorang daripada pasukan tiga anggota yang ditubuhkan Jemaah Menteri untuk meneliti pertikaian hak penjagaan anak dan penukaran agama anak oleh ibu-bapa berlainan agama, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.