Kerajaan tidak kutip cukai bauksit

Kerajaan tidak kutip cukai bauksit

Ia disebabkan aktiviti bauksit tidak diperuntukkan dalam undang-undang negara.

Datuk-Johari-Abdul-Ghani,t-subramanoin

PETALING JAYA:
Tidak ada sebarang cukai dikenakan oleh kerajaan terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahupun duti eksport.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani yang memberitahu, langkah itu disebabkan ia tidak diperuntukkan dalam undang-undang percukaian negara.

“Memang bauksit tidak dikenakan eksport duti dan GST,” katanya yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, kerajaan tidak memungut cukai kerana memang tiada duti eksport dikenakan terhadap perlombongan bauksit.

Menurutnya, pulangan bauksit kepada hasil pendapatan negara disalurkan menerusi pembayaran royalti yang dilakukan oleh para pengilang kepada kerajaan negeri.

Semalam, PKR mendedahkan hasil bauksit yang dilombong di Kuantan, Pahang langsung tidak dikenakan duti eskport.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, semakan yang dibuat di laman sesawang Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menunjukkan kadar duti eksport bagi bauksit adalah 0%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.