Azmi Sharom gagal pindah kes

Azmi Sharom gagal pindah kes

Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk memindahkan perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi

Gobind-Singh_azmi-sharom_law_600

KUALA LUMPUR :
Pensyarah Undang-undang, Prof Madya Azmi Sharom gagal memindahkan perbicaraan kesnya di bawah Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Tinggi.

Ini selepas, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen.

Hakim Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu kerana berpendapat tiada sebarang unsur prejudis terhadap Azmi jika kes itu dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

“Pemohon juga tidak menyatakan alasan kukuh mengapa perbicaraan itu perlu didengar di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Peguam Azmi, Gobind Sigh Deo memberitahu beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) didakwa menghasut kerana menulis artikel tentang krisis di Perak pada 2009 bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’ yang disiarkan sebuah laman portal.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.