Shamsubahrin berkata adalah menjadi tanggungjawab pemilik permit untuk memastikan pemandu teksi mematuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pemerintah.
“Jangan takut pada politik atau hubungan persahabatan. Buat kerja kamu dan cekup pemilik permit yang tidak melakukan kerja dengan betul,” katanya, dan menambah kecuaian pihak berkuasa menjadi punca pemandu teksi tidak berdisplin.
“Tahan permit mereka selama dua atau tiga tahun,” cadangnya di satu sidang media, di sini, hari ini
Sementara itu, Shamsubahrin menyangkal pengusaha teksi sapu Uber yang mendakwa teksi sapu mereka dan teksi sah tidak bersaing untuk mendapatkan penumpang, sekadar pemilikan kenderaan peribadi.
“Maafkan bahasa saya ini, tetapi jangan mengarutlah.”
Shamsubahrin berkata syarikatnya dan Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JKBPTLK) akan menyerahkan semula saman mereka terhadap SPAD kepada Mahkamah Tinggi sebelum Jumaat ini.
Pada 30 Disember lalu, JKBPTLK memohon injunksi mahkamah bagi menghalang rancangan untuk mengizinkan perkhidmatan teksi sapu Uber dan Grabcar, yang didakwa diusahakan oleh pemerintah.