Kenyataan itu tampak semakin hampir apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Vida sebagai penasihat kehormat KAFA.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya.
“Alhamdullillah perbincangan rasmi KAFA – Datuk Seri Vida selesai sebentar tadi. Datuk Seri Vida telah mengemukakan 33 point/terma tambahan dan ianya telah dibincangkan. Tindakan susulan akan di ambil bersama dan insyaallah 15 Januari nanti segalanya akan di susun dalam bentuk kontrak rasmi.
“KAFA bersetuju menawarkan Datuk Seri Vida menjadi ‘Penasihat Kehormat’ KAFA 2016/2017 memandangkan komitmen beliau (Dr Vida) yang tinggi serta pengelaman yang luas dalam “branding&marketing” (penjenamaan dan pemasaran). Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kemajuan bola sepak Kelantan,” katanya.
Terdahulu, Datuk Vida tetap dengan pendiriannya mahu mengenakan dua syarat kepada KAFA sebelum menaja pasukan yang berpangkalan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Dua syarat yang ditetapkan ialah, seluruh stadium Sultan Muhammad Ke-IV di cat warna merah jambu, dan menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh TRW.