Peneroka bauksit minta panjangkan tempoh moratorium

Peneroka bauksit minta panjangkan tempoh moratorium

Shahrudin menyatakan banyak pihak yang salah faham dengan beranggapan peneroka yang terlibat telah memperoleh pendapatan yang lumayan hasil pajakan tanah mereka kepada pengusaha bauksit sedangkan mereka hanya mendapat bayaran deposit sahaja.

bauksit

KUANTAN:
Para peneroka pelombongan bauksit Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan mahu kerajaan memberikan tempoh yang lebih panjang untuk tuan punya tanah bauksit mengeluarkan hasil yang telah dikumpul.

berkata demikian mewakili nasib seramai 248 peneroka Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan yang selama ini bergantung rezeki dengan hasil perlombongan itu.

“Tempoh yang diberikan sehingga 15 Januari ini terlalu singkat untuk tuan tanah seperti mereka untuk mengeluarkan semua bauksit dari kawasan penyimpanan, dan ini belum lagi ditambah dengan tindakan penguatkuasaan yang menghalang kerja-kerja itu.

“Dianggarkan kami memperoleh RM2,000 sebulan hasil pembayaran pengeluaran bauksit setiap bulan, jika diberhentikan sementara, kami semua nak makan apa dalam tempoh tersebut,” katanya, lapor Bernama.

Tambahnya, banyak pihak yang salah faham dengan beranggapan peneroka yang terlibat telah memperoleh pendapatan yang lumayan hasil pajakan tanah mereka kepada pengusaha bauksit.

“Kami hanya mendapat bayaran deposit sahaja tahun lepas antara RM50,000 sehingga RM100,000 dan tidak ramai yang mendapat bayaran sehingga berjuta ringgit seperti anggapan sesetengah pihak sebelum ini.

“Sehubungan itu saya mewakili peneroka terlibat memohon kerajaan sekali lagi agar mempertimbangkan semula tempoh tersebut dan tidak melaksanakannya secara tergesa-gesa,” katanya.

Beliau bagaimanapun akui, pihaknya tidak langsung berniat untuk menghalang kerajaan untuk melaksanakan tempoh moratorium tersebut.

“Kami hanya mengharapkan satu penyelesaian terbaik dapat dicari dengan memberikan situasi menang-menang terhadap semua pihak yang terlibat termasuk pengusaha lombong dan penduduk Kuantan sendiri,” ujarnya.

Ekoran itu, Shahrudin turut mencadangkan agar perbincangan meja bulat diadakan antara semua pihak yang terlibat dalam kegiatan perlombongan bauksit dengan agensi kerajaan berkenaan agar penyelesaian dapat dicari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.