Pengerusi PERSATUAN PENGUSAHA/PEMANDU BAS SEKOLAH SRI TANJUNG TAWAU, Chang Nyuk Sah berkata 84 daripada 134 ahli mereka telah menghentikan operasi.
“Pengusaha-pengusaha bas sekolah itu mahu beli kenderaan baharu bagi menggantikan kenderaan lama tetapi tak berjaya dapatkan pinjaman, maka terpaksalah hentikan operasi,” kata Chang, dan menambah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah melarang penggunaan bas berusia 30 tahun dan keatas.
Sebelum ini, Presiden PERSATUAN BAS SEKOLAH PANTAI BARAT SABAH, Kenny Wong berkat 30% daripada pengusahanya menggulung tikar tahun ini kerana kenaikan kos operasi, kos sara hidup dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
